Ahad, 25 September 2011

share ilmu sikit.........

al-kisah....
taiyyib......
maka tersebut al kisah.......
taiyyib......
sang kancil beramai-ramai mengadap raja FIRAUN.......ok...ok jangan nak melalut sangatlah wahai cik nor afzan aziela.....kite terus kepada tajuk entry tu...share ilmu......


ok class...hari cikgu afzan nak mengajar tentang memasak.....
memasakkk???
memasak????????
biar betikkkkkkkk........
iye memang sebijik betik okeh!!! muahahaha-gelak jahat-
takdelah....memang tak dinafikan nor afzan aziela anak pakcik Ripan ni seorang yang pandai memasak...kepada sesiapa yang tak kenal aku tu sila tolong percaya bahawasanya aku ni memang pandai masak... DAN kepada yang kenal tu tolonglah buat-buat percaye okeh....tolongggg!!!!!! hahaha...


biasenye hari offday aku bersamaan dengan hari jumaat merupakan hari yang aku tunggu-tunggu sepanjang minggu...yela jumaat tu jela aku nak bangun lambat, taknak bangun dan bermalas-malasan di rumah milik abah dan mamaku....(waaaaaaa sedey macamlah tu bukan rumah aku jugak) dan hari jumaat la jugak merupakan hari kerajinan sedunia untuk aku main masak-masak...aku ade bakat terpendam tau....masak-masak....perasanlah aku ni...


aku tau la aku ni bukannya pandai masak tahap chef wan tu tapi bolehlah kalau bodoh-bodoh untuk tekak sendiri...ok harini aku nak kongsi tentang kerajinan aku membuat donut kentang....kalau korang rajin nak mencube, silakan...amatlah terasa kembang idung aku bila ade yang sudi mencube..hikhikhik...tak susah pun senang je macam buat donut...


bahan-bahan utama:
serbuk mauripan (sedikit sahaja-dalam stgh sudu kecil- dan campurkan dgn air)
tepung gandum (aku guna setengah kilo kut)
ubi kentang yang telah dilenyek-lenyekkan seboleh-bolehnye sampai lumat (aku guna 4 bijik)
sedikit garam
majerin-untuk disapu bawah loyang supaya donut tak melekat


*kuantiti tu agak-agak la....hehe


cara-cara2
1. lenyekkan kentang sampai hancur lumat dan tidak berbijik-bijik
2.masukkan tepung gandum dan sedikit garam..
3.kemudian masukkan mauripan yang telah dicampur air (jangan banyak sangat air takut nanti terlalu lembik)
4.gaul dan sebatikan adunan itu dan sedia untuk dibentuk menjadi donut-donut yang comel
5. sapukan sedikit majerin diatas loyang atau bekas untuk letak donut tu spy donut tu tak melekat.....


rehatkan dia seketika dn sedia untuk di goreng......


selamat mencuba....
enak di makan panas-panas...




**kesalahan aku haritu terlupe letak majerin...abes donut-donutku menjadi bulat-bulat akibat kenyanyukkan aku ni...huhu....donut aku melekat tak boleh nak amik dari loyang so inisiatif aku memBULATkan donut-donut itooo....sadis tau**



Tiada ulasan:

Catat Ulasan