Ahad, 31 Julai 2011

al-Fatihah

al Fatihah buat keluarga Mohd Ashraf Hafiz yang telah kembali kerahmatullah...
hati kecil ni betul2 terasa kesian pada allahyarham ashraf terhadap isu tukar jantina tersebut..terhenti disitu perjuangan yang diperjuangkan beliau...bukanlah niat untuk mengkondemkan apa yang cuba dia lakukan tapi sekadar memberi pendapat dan sekadar satu renungan kepaa mereka yang berniat seperti ini...saye sendiri bukanlah insan yang sempurna..malahan saya juga mempunyai kelemahan yang saya sendiri tidak sedari. tidak salah dia mempunyai naluri kewanitaan itu selagi tidak menyalahi hukum alam kerana dia sendiri tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu, salahnya dia tidak kuat untuk melawan perasaannya sehingga mahu dan benar-benar ingin menjadi wanita sehinggakan menukar alat kelamin...sebagaimana dia menukar dan menidakkan yang Tuhan telah menciptakan dia seorang lelaki, dia tetap lelaki kerana fitrahnya dia sebagai lelaki...
kepada individu sebegini jangan cepat merasakan lembut itu satu kelemahan...sebaliknye anda silap, anda lembut atau tidak anda juga merupakan makhluk yang paling hebat Tuhan ciptakan anda dikurniakan akal fikiran, hati nurani, perasaan tidak seperti makhluk yang lain....seharusnya anda merasa bangga anda seorang lelaki tak kiralah lelaki lembut atau tidak,kerana seorang lelaki itu dicipta sebagai pemimpin kepada seorang wanita, nakhoda sebuah kapal (yakni sebuah keluarga)...pokok pangkalnya hati anda sendiri pada keimanan dan ketaqwaan anda....kalau anda mencorakkan kelembutan itu pada suatu corak yang cenderung pada jalan yang salah maka "lelaki lembut" memang dilihat serong pada mata masyarakat..tapi pada saya kita semua sama di mata Tuhan yang membezakan kita amalan kita, iman kita dan jantina kita...
pada saya juga menjadi seorang wanita juga hebat kerana wanita boleh menjadi isteri kepada seorang suami...ibu kepada anak-anak..tidak kurang hebatnya disebalik seorang lelaki yang hebat pasti ada seorang wanita yang hebat yang menyokong, memberi semangat dan nasihat..lihat sajalah pada ibu dan ayah kita...tanpa lelaki dan wanita ini tiadalah kita..jadi kedua-duanya sama hebat dan sama memerlukan..lelaki memerlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki...hebat bukan!
jadi tidak perlulah kita menterbalikkan keadaan, "lelaki menjadi wanita dan wanita menjadi lelaki".. andai anda bertukar sekalipun naluri kelelakian dan keperempuanan anda tetap jua ada dalam diri cuma anda tidak sedar dan mungkin juga anda menidakkannya...waullahualam.....
saya bangga menjadi diri saya seorang wanita...dan juga bangga menjadi nor afzan aziela bt ripan
walaupun saya tidak mengecapi kejayaan yang hebat tetapi saya bangga menjadi insan....heheheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan