Ahad, 13 November 2011

cakkkkk~

lame dah tak pot-pet...pot-pet....kang duk pot-pet...pot-pet orang naik menyampah lak....hahahha...dah la haku ni tak pemes langsung...kehkehkeh......

oklah harini dari dapur aku nak berkongsi resepi kesukaan tekak-tekak mama, dan adik beradik aku yang lain...abah haku tak berapa suka sangat la masakan kalau yang hade kicap-kicap ni...takut itam kut...muahahahahha 

DAGING BLACKPAPER

bahan-bahan untuk perap daging
daging (ikut korang la nak byk mane)
3-4 sudu madu
3-4 sudu kicap pekat
3-4 sudu kicap manis
3-4 sudu sos tiram
garam secukup rasa
lada hitam...ikut suka korang nak banyak mana...

*biasa aku guna yang halus tu so byk la jugak aku letak..hehehe
*jumlah sukatan utk perapan ini bergantung kpd daging korang boleh agak-agak la byk mane korang nak...(aku kan ala-ala power rangers pink so aku suke agak)

goreng
2-3 biji ubi kentang potong mcm kfc wedges tu...
garam 
kunyit sedikit utk di sapukan pada ubi kentang untuk menaikkan warna

untuk goreng daging 
4 beradik yang sangat kamcing iaitu:
 (  2 biji bunga cengkih,  1 bunga lawang.  1 batang kulit kayu manis (kecil je tanak yang tebal2 ) dan  1 biji buah pelaga - amik sedikit je jgn byk tkt nnt pahit)
sedikit air (untuk mengempukkan daging yang liat)
2 ulas bawang putih yang di potong dadu
1 inci halia dipotong halus-halus

cara-caranya :

1. perapkan daging bersama-sama bahan-bahan perapan tersebut. kalau nak masak untuk hidangan tengah hari better perap pagi la agar daging tu mesraaaaaa dengan bahan-bahan tersebut. dalam erti kata lain ade rase la benda yang korang perap tu

2.gorengkan ubi kentang yang telah di salutkan kunyit serta garam itu sehingga masak.

3. untuk menggoreng daging:

- masukkan rempah 4 beradik yang kamcing itu ( bunga cengkih, bunga lawang, biji pelaga dan kulit kayu manis) kedalam kuali.
- kemudian masukkan daging (daging selalunya akan keluar air kalau kita masak kan...so jangan bubuh air dahulu biarkan dia mengeluarkan airnya sendiri....dari masa ke semasa tengok2 la same daging dalam kuali tu ye...selalunye kalau aku masak daging aku akan tutup kuali tu dan biarkan daging berenang dengan gembiranya...muahahaha
-kalau daging tu kurang empuk dan masih lagi liat bolehlah di tambahkan air..
-dah hampir-hampir kering air boleh la masukkan sedikit minyak masak, bawang putih yang telah dipotong dadu serta halia dan ubi kentang yang telah digoreng tadi.. dan kacau la biar bahan-bahan tadi bergembira bersama daging tersebut..sedia untuk di hidang

*selalunya aku suka goreng biar dia moist (basah sedikit) 
*enak di makan panas-panas bersama nasi putih.....







masak dengan kasih sayang insyaallah pasti sedap 





selamat mencube ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan